Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, termasuk urutan badan penuh, penjagaan ibu berpantang, dan program kesihatan yang direka khas untuk ibu selepas melahirkan.
Kami beroperasi di Desa Cempaka, Nilai, dan menawarkan perkhidmatan lawatan ke rumah bergantung kepada lokasi anda.
Pembatalan yang dibuat 24 jam sebelum waktu yang dijadualkan tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Pembatalan dalam tempoh 24 jam sebelum sesi akan dikenakan caj sebanyak 20% daripada jumlah harga perkhidmatan.
Pulangan wang tidak disediakan melainkan tempahan dibatalkan oleh Annur Confinement Center. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Terms & Condition kami.
Anda boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui laman web kami AnnurCare.online atau hubungi kami melalui whatsapp. Pilih perkhidmatan yang diingini, tetapkan masa yang sesuai, dan sahkan tempahan anda.
Kami menerima pembayaran melalui pindahan bank, kad kredit/debit, dan e-wallet. Pembayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan anda.
Ya, anda boleh menukar tarikh tempahan anda tanpa caj tambahan jika memaklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu yang dijadualkan.
Ya, deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) sebanyak 40% daripada jumlah harga perkhidmatan diperlukan untuk mengesahkan tempahan.
Sesi urutan badan penuh kami berlangsung antara 1 jam 30 minit hingga 2 jam, bergantung pada keperluan pelanggan. Untuk rawatan Ibu bersalin mungkin mengambil masa sehingga 3 jam.
Pakej penjagaan berpantang kami termasuk urutan selepas bersalin, bengkung perut, mandian herba, dan rawatan holistik lain untuk membantu pemulihan selepas bersalin.
Ya, ahli terapi kami bertauliah dan terlatih dalam menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin dan terapi yang profesional dan mempunyai sekurangnya sijil SKM Tahap 3 Urut Terapi yang disahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Pastikan anda terhidrasi dengan baik dan maklumkan kepada kami mengenai sebarang masalah kesihatan atau alahan sebelum sesi bermula.
Kami mengikuti protokol kebersihan yang ketat, termasuk penggunaan peralatan yang disanitasi dan penggunaan PPE (Peralatan Perlindungan Peribadi) jika perlu, bagi memastikan keselamatan pelanggan dan ahli terapi.
Program affiliate kami membolehkan anda memperoleh komisen dengan mempromosikan perkhidmatan kami. Setiap kali seseorang membuat tempahan melalui anda, anda akan mendapat ganjaran.
Anda boleh mendaftar untuk program affiliate dengan menghubungi kami di Whatsapp. Selepas mendaftar, anda akan menerima pautan unik yang boleh digunakan untuk mempromosikan perkhidmatan kami.
Komisen standard adalah 10% – 20% bagi setiap tempahan yang berjaya dilakukan melalui anda. Jumlah komisen mungkin berbeza bergantung pada perkhidmatan yang dipromosikan. Jumlah referrals adalah berdasarkan jumlah bulanan.
Pembayaran komisen akan dilakukan selepas 48 jam dari slot tempahan yang berjaya.
Tidak, menyertai program affiliate kami adalah percuma.